Pembiayaan/Pinjaman Perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memainkan peranan yang penting dalam menyediakan peluang kepada kakitangan sektor awam di Malaysia untuk memiliki rumah. Ini adalah inisiatif yang memperlihatkan keberkesanan kerajaan dalam menyokong keperluan perumahan pekerja di sektor awam.

Berikut merupakan perkongsian berkaitan Pinjaman LPPSA bagi menambah ilmu dan pengetahuan berkaitan Pinjaman LPPSA kepada pekerja sektor awam. Selamat membaca.                                                            -Puteri Balqis-

Dapatkan makluman terkini daripada LPPSA DI SINI atau klik pada gambar di sebelah.

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai tatacara, jenis-jenis pembiayaan perumahan LPPSA, syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan maklumat  lain berkenaan pinjaman LPPSA. 

Rujuk panduan ini terlebih dahulu sebelum anda memulakan proses permohonan pembiayaan LPPSA.