Kelebihan-Kelebihan Pinjaman LPPSA

Seiring dengan peredaran masa, segalanya terlihat mencabar pada masa kini. Nilai pasaran hartanah yang kian meningkat dari hari ke hari menyebabkan ramai daripada golongan masyarakat yang bergelut secara kewangan untuk membeli rumah atau tanah. Menyedari situasi semasa, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan atau keistimewaan yang sesuai untuk masyarakat terutamanya dalam kalangan pekerja di sektor awam.

Namun demikian, masih ramai rupanya penjawat awam yang tidak mengetahui akan kemudahan yang  disediakan untuk mereka. Salah satu insentif tersebut termasuklah pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). 

Amatlah rugi sekiranya kemudahan kewangan yang disediakan khusus untuk penjawat awam ini tidak dihebahkan dan dimaanfaatkan kerana terdapat banyak kelebihan pinjaman LPPSA ini jika dibandingkan dengan pinjaman perumahan dari institusi kewangan yang lain.

Kelebihan-kelebihan bagi pinjaman LPPSA adalah:-


1. KADAR FAEDAH YANG RENDAH DAN TETAP

Berbanding dengan institusi kewangan yang lain, LPPSA menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang lebih rendah iaitu sebanyak 4% setahun. Hal ini secara tidak langsung membawa maksud bahawa komitmen bulanan yang perlu ditanggung oleh penerima pembiayaan LPPSA juga tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu membebankan. Malahan, kadar faedah bagi pembiayaan yang disediakan oleh LPPSA juga adalah tetap 4% bagi sepanjang tempoh pembiayaan dan tidak tergantung dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR).


2. PEMBIAYAAN SEHINGGA 100%

Dengan menggunakan pinjaman LPPSA, pembeli tidak perlu memerah otak dan keringat untuk menyediakan wang deposit atau wang muka sekiranya hartanah yang ingin dibeli itu berada dalam lingkungan atau margin kelayakan pinjaman LPPSA pembeli. Hal ini kerana, LPPSA menawarkan pinjaman perumahan sehingga 100% mengikut kelayakan pelanggannya. Harus diingati bahawa pemilihan harga hartanah yang seiring dengan tahap kelayakan perlulah dititikberatkan bagi melancarkan urusan pembiayaan 100%. Andai kata hartanah yang ingin dibeli melebihi kelayakan anda, maka LPPSA akan menyatakan bilangan wang beza yang perlu dijelaskan kepada pemaju atau pemilik di dalam surat tawaran anda nanti.


3. TEMPOH PEMBIAYAAN YANG FLEKSIBEL

Tempoh pinjaman LPPSA juga bersifat fleksibel di mana tempoh tersebut boleh mencecah sehingga 35 tahun (umur 90 tahun). Pembeli boleh memilih tempoh pembiayaan yang sesuai untuk komitmen bulanan sendiri. Namun diingatkan bahawa, tempoh pembiayaan sehingga usia 90 tahun tersebut hanya terpakai untuk mereka yang memilih Skim Pencen. Notis makluman Arahan Potongan Pencen akan dikeluarkan oleh LPPSA kepada JPA Pasca Perkhidmatan Awam/KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM).


4. CCRIS DAN CTOS TIDAK MENJEJASKAN KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Nama Pelanggan LPPSA yang disenaraihitamkan dan telah dimasukkan ke dalam Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), masih lagi layak untuk membuat pinjaman LPPSA selagi mana belum diisytiharkan bankrap di Jabatan Insolvensi Malaysia


5. KOMITMEN LUAR PENYATA GAJI TIDAK DIKIRA

Amaun kelayakan Pembeli dikira berdasarkan apa yang tercatat di dalam Penyata Gajinya tanpa mengambil kira apa-apa komitmen luar daripada Penyata Gaji seperti pinjaman peribadi ataupun pinjaman kenderaan. Jadi, hal ini membantu Peminjam LPPSA untuk mendapatkan kelayakan pinjaman perumahan yang lebih tinggi dan membolehkan penjawat awam untuk membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA berbanding Bank.


6. PERMOHONAN PINJAMAN SEBANYAK 2 KALI

Pelanggan LPPSA boleh membuat pinjaman perumahan kedua tertakluk kepada 2 syarat utama iaitu:-

a) Baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya.


b) Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki   

   semasa. 



7. BIL GUAMAN PERJANJIAN PINJAMAN LPPSA BOLEH DISERAP MASUK KE DALAM PINJAMAN LPPSA


LPPSA akan membiayai kos yuran guaman dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dokumentasi pinjaman dengan mengambilkira sebagai jumlah pembiayaan yang akan ditawarkan oleh LPPSA.


Jadi, Pembeli rumah atau tanah yang menggunakan pinjaman LPPSA hanya perlu menanggung Yuran Guaman dan Perbelanjaan yang berkaitan dengan dokumentasi dan urusan Jual Beli dan Pindahmilik Hartanah sahaja. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan bebanan pembeli untuk mengeluarkan tunai yang banyak bagi menampung kos guaman dan perbelanjaan yang berkait dengan urusan jual beli rumah atau tanah impian dengan pinjaman LPPSA.


Kesimpulannya, jika anda merupakan kakitangan awam, manfaatkanlah kemudahan ini di dalam merealisasikan impian anda untuk membeli rumah atau tanah idaman anda. Kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA ini hanya dikhususkan untuk kakitangan awam sahaja, dan amatlah merugikan sekiranya anda mensia-siakan kemudahan ini. 


Puteri Balqis & Co. merupakan Firma Guaman Panel LPPSA yang beroperasi di Alor Setar, Kedah namun telah menguruskan transaksi Jual Beli Rumah dan Tanah di Seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan Pembiayaan LPPSA. Peguam Hartanah kami adalah Peguam LPPSA Alor Setar yang berpengalaman dalam menguruskan dokumentasi pembiayaan LPPSA untuk urusan jual beli hartanah.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda. Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pinjaman LPPSA, anda boleh menghubungi PIC kami yang khusus di dalam urusan jual beli hartanah dengan LPPSA. 


"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"


Puteri Raihan,

Untuk dan bagi pihak Tetuan Puteri Balqis & Co.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA Alor Setar

Saya nak hubungi melalui  Whatsapp

Saya nak bercakap melalui Telefon



Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.