Sesiapa sahaja boleh memohon Pinjaman LPPSA?

Minggu ini, saya dihubungi oleh seorang anakguam yang ingin membeli rumah subsale menggunakan pinjaman LPPSA, namun malangnya saya difahamkan bahawa anakguam ini merupakan kakitangan swasta. Lalu saya terpanggil untuk membuat penulisan ini, untuk menjelaskan, Apakah itu LPPSA? 

LPPSA adalah singkatan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016 . Sebelum ini, LPPSA dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

Daripada "wording"  Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, ia menjelaskan bahawa LPPSA adalah sebuah badan berkanun di Malaysia yang menyediakan pembiayaan perumahan kepada penjawat awam dan pekerja-pekerja di sektor awam. Lembaga ini ditubuhkan dengan tujuan membantu penjawat awam yang mempunyai kesulitan kewangan dalam memperolehi perumahan. Justeru, hanya Penjawat Awam atau kakitangan di Sektor Awam sahaja yang boleh memohon Pembiayaan Perumahan daripada LPPSA dengan memenuhi beberapa syarat tertentu.

Sebagai kesimpulan, LPPSA adalah satu badan yang menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan kepada pekerja-pekerja di sektor awam. Memiliki sebuah rumah adalah pencapaian yang signifikan, dan LPPSA membolehkan golongan berpendapatan rendah di kalangan pekerja sektor awam untuk memiliki sebuah rumah dengan menyediakan pembiayaan pada kadar faedah yang terjangkau dan skema pembayaran balik yang fleksibel. Usaha LPPSA ini, tanpa ragu memberikan sumbangan positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan untuk memiliki rumah kediaman di kalangan Penjawat Awam.

LPPSA menyediakan pelbagai Jenis-Jenis Pinjaman kepada penjawat-penjawat di sektor awam di mana ia tidak terhad kepada pembelian rumah sahaja malah LPPSA menyediakan pinjaman untuk membeli tanah dan lain-lain lagi. Terdapat 7 jenis pembiayaan yang disediakan oleh LPPSA, antaranya ialah:-

JENIS 1

Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap

JENIS 2

Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 

JENIS 3

Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan 

JENIS 4

Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah 

JENIS 5

Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan 

JENIS 6

Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan  

JENIS 7

Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman 

Inilah salah satu kelebihan pinjaman LPPSA di mana penjawat awam mempunyai pilihan untuk membuat jenis permohonan pinjaman yang bersesuaian mengikut kehendak dan kes masing-masing. 

Ingin tahu kelebihan-kelebihan lain pinjaman LPPSA? Dapatkan maklumat ini di sini.


"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"


PUTERI BALQIS & CO.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA Alor Setar


#peguamhartanahalorsetar #peguamlppsaalorsetar #jualbelirumah #belihartanah #jualhartanah

Ingin mohon pinjaman LPPSA? Atau perlu melantik Peguam LPPSA? Whatsapp atau call kami >>

LinkLink

Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.