Di dalam Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2023 Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mencatatkan peratus transaksi Jual Beli Hartanah Kediaman Subsale kira-kira 79.4% daripada semua transaksi Hartanah Kediaman di Malaysia. Ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih cenderung untuk membeli hartanah kediaman subsale. Jadi, pengetahuan akan proses guaman jual beli hartanah subsale adalah amat penting sebelum anda membeli rumah atau tanah subsale. Di dalam penulisan kali ini, kami akan berkongsi tentang keseluruhan proses guaman @ flow di dalam jual beli rumah atau tanah subsale yang menggunakan pembiayaan perumahan, tidak kiralah sama ada daripada Bank ataupun LPPSA.
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.