PERLU ATAU TIDAK MELANTIK PEGUAM PANEL LPPSA BAGI KAKITANGAN AWAM YANG INGIN MEMBELI RUMAH?
Sebelum anda memilih peguam untuk menguruskan transaksi dan dokumentasi Jual Beli hartanah sama ada rumah ataupun tanah kosong yang menggunakan pembiayaan LPPSA, perkara utama yang anda perlu pastikan terlebih dahulu adalah "Adakah firma guaman tersebut merupakan Firma Peguam Panel LPPSA"?
Di dalam memilih peguam bagi menguruskan transaksi dan dokumentasi Jual Beli hartanah (rumah atau tanah) yang melibatkan Pembiayaan LPPSA, anda haruslah memilih peguam yang berdaftar sebagai Panel LPPSA seperti yang disenaraikan di Laman Sesawang LPPSA. Ini kerana, Panel Peguam LPPSA merupakan peguam bertauliah dan mempunyai pengalaman di dalam selok belok proses Jual Beli dan aturan dokumentasi pembiayaan LPPSA. Tambahan pula, hanya Peguam Panel LPPSA sahaja yang mempunyai akses di dalam Sistem Pengurusan Pembiayaan (Loan Management System) LPPSA dan boleh mengendalikan sebarang urusan pembiayaan pelanggan LPPSA. Anda boleh merujuk maklumat lanjut di sini.
Kakitangan awam yang ingin melantik peguam bagi urusan Jual Beli hartanah boleh menyemak atau memilih dari senarai peguam berdaftar LPPSA mengikut negeri pilihan anda di www.lppsa.gov.my/peguam-berdaftar/
Jika anda memerlukan Peguam Hartanah sebagai pemudah cara di dalam urusan Jual Beli hartanah anda, kami di Puteri Balqis & Co. sedia memberi khidmat guaman di Semenanjung Malaysia.
Puteri Balqis & Co. adalah Firma Guaman Hartanah yang berdaftar sebagai Panel LPPSA yang beramal di Alor Setar, Kedah dan berpengalaman di dalam menguruskan urusan Jual Beli Hartanah yang menggunakan pembiayaan LPPSA dan Bank-Bank di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebarang urusan berkaitan Perjanjian Jual Beli dan Dokumentasi Pembiayaan sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Celik Hartanah, Elak Kena Kona
Puteri Balqis & Co.
Peguam Hartanah Panel LPPSA
Dapatkan tips untuk memilih Firma Peguam LPPSA yang terbaik untuk anda di SINI!
Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.