Pengecualian Duti Setem Pindahmilik Atas Dasar Kasih Sayang 2024

SECARA UMUMNYA, setiap pindahmilik hartanah menggunakan Borang 14A akan dikenakan duti setem oleh LHDN.

Namun begitu, apabila pindahmilik tersebut dilakukan atas dasar kasih sayang, pindahmilik tersebut diberi pengecualian duti setem

(Rujukan daripada Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 3) 2023. P.U. (A) 178.)

Apakah Maksud Pindahmilik Atas Dasar Kasih Sayang??

Pindahmilik Hartanah di antara individu yang mempunyai pertalian darah tertentu yang tidak melibatkan pertukaran wang ringgit di atas balasan tukar nama daripada Pemberi kepada Penerima Pindahmilik di dalam geran hartanah dikenali sebagai Pindahmilik Atas Dasar Kasih Sayang. Dalam erti kata yang lain, tukar nama pemilik hartanah di dalam Geran dilakukan tanpa apa-apa balasan wang ringgit oleh individu yang mempunyai pertalian darah yang diwartakan oleh kerajaan.

 

Pengecualian Duti Setem Pindahmilik 100%

Bagi Pindahmilik Hartanah Atas Dasar Kasih Sayang yang menggunakan Borang 14A akan diberi Pengecualian Duti Setem 100% ke atas pindahmilik hartanah tersebut.

Pengecualian Duti Setem 100%  ini akan terpakai jika memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. Borang 14A (Pindahmilik) yang disempurnakan di antara Pemberi dan Penerima Pindahmilik adalah selepas 1 April 2023;

2. Nilaian Semasa Hartanah yang dipindahmilik di bawah RM1 JUTA;

3. Penerima Pindahmilik ialah seorang Warganegara Malaysia;

4. Pemberi dan Penerima yang diwartakan di dalam P.U.(A) 178. Sila rujuk jadual di bawah sebagai rujukan.

Jika kesemua syarat-syarat di atas dipenuhi, Pindahmilik Hartanah tersebut layak untuk mendapat pengecualian duti setem 100%.

Sila ambil perhatian: Walaupun anda mendapat Pengecualian Duti Setem 100%, anda perlu membayar RM10 kepada LHDN sebagai yuran proses LHDN.

"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"

PUTERI BALQIS & CO.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.