Lanjutan daripada posting kami sebelum ini, setiap penyaksian bagi rumah @ tanah Rezab Melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah sahaja.
Apabila pihak Pemberi Pindahmilik dan Penerima Pindahmilik hadir ke Pejabat Tanah bagi urusan tandatangan atau cap jari pada Borang Pindahmilik (14A) atau Borang Gadaian (16A), beberapa dokumen haruslah dibawa bersama-sama bagi melancarkan urusan penyaksian tersebut.
Berikut adalah beberapa dokumen yang mesti disediakan terlebih dahulu:-
1. Kad Pengenalan Pemberi dan Penerima Pindahmilik
2. Sijil Lahir Asal Penerima Pindahmilik
3. Penyata Baki Hutang dan surat kebenaran pindahmilik (𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑔𝑎𝑑𝑎𝑖)
3. Carian Rasmi (𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑔𝑎𝑑𝑎𝑖)
4. Geran Asal ("𝑓𝑟𝑒𝑒 𝑡𝑖𝑡𝑙𝑒")
5. Salinan Perjanjian Jualbeli
6. Salinan Surat Tawaran (𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝑝𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛)
7. Cukai tanah (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑙𝑒𝑠𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖).
Jika dokumen-dokumen berikut tidak disediakan dengan lengkap, proses penyaksian mungkin tidak dapat dilakukan pada hari yang ditetapkan.
Jadi, jika peguam anda meminta anda (pembeli) untuk membawa Sijil Lahir Asal, sila ambil perhatian dan pastikan anda membawa pada hari tersebut bagi memastikan proses penyaksian berjalan dengan lancar dan selesai pada hari tersebut. Dokumen-dokumen yang lain akan disediakan oleh peguam yang dilantik oleh anda.
P/S: Jangan lupa juga Kad Pengenalan anda ya.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Balqis & Co.
Peguam LPPSA Alor Setar
Peguam Hartanah Alor Setar
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.