Kos Awal Pembeli yang wajib ambil tahu!
Kos Awal Pembeli yang wajib ambil tahu!
Anda ingin membeli rumah subsale? Tapi tak tahu kos dan jumlah wang apa yang perlu ditanggung masa di awal kes? Ingatkan cuma membayar harga jualbeli rumah sahaja menggunakan pembiayaan Bank / LPPSA?
Membeli rumah merupakan tindakan yang bijak di mana rumah adalah salah satu aset yang perlu dimiliki kerana ianya merupakan pelaburan masa depan jangka panjang dan harganya sentiasa meningkat.
Salah satu perkara yang perlu diberi keutamaan apabila membuat keputusan untuk membeli rumah adalah 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶 di dalam urusan Jual Beli Rumah Subsale.
Selain daripada harga jualbeli rumah, sebagai seorang pembeli, anda mungkin menanggung beberapa kos-kos yang dinyatakan di bawah mengikut situasi sebenar kes anda:-
1. 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐞𝐞/ 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭
Booking fee adalah sebahagian daripada harga jualbeli yang dibayar pada awal persetujuan pembeli untuk membeli rumah sebelum bermula proses Jual Beli sebagai tanda bahawa pembeli serius untuk membeli rumah tersebut. Bayaran tersebut bergantung sama ada dibayar kepada ejen (jika ada lantikan ejen oleh pihak penjual) atau terus kepada penjual. Kebiasaannya booking fee yang ditetapkan oleh ejen adalah sebanyak 3% atau 3.18%. Dan ada juga pembeli cuma membayar RM1,000 sebagai booking fee. Ini bergantung kepada situasi sebenar kes anda.
Kos deposit adalah sebahagian daripada harga Jualbeli dan jumlahnya lebih besar daripada booking fee. Kebiasaannya, jumlah deposit yang perlu dibayar oleh pembeli adalah 𝟭𝟬% 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗶 dan jumlah ini dibayar semasa menandatangani Perjanjian Jualbeli.
2. 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢
Salah 1 dokumen yang diperlukan oleh pihak bank dalam meluluskan pengeluaran wang pembiayaan adalah laporan penilaian (valuation report) yang disediakan oleh panel Jurunilai Bank. Yuran perkhidmatan jurunilai ini perlu ditanggung oleh pembeli dan dibayar terus kepada Jurunilai tersebut. Kos ini hanya ditanggung oleh pembeli yang mendapatkan pembiayaan perumahan daripada Bank, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 akan ditanggung oleh pembeli yang membuat pembiayaan LPPSA.
3. 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧
Urusan jual beli rumah subsale melibatkan 2 proses penyediaan dan pelaksanaan proses iaitu Perjanjian Jual Beli dan Dokumentasi Pembiayaan. Jadi, pembeli akan menanggung 2 bil yuran guaman iaitu yuran guaman Dokumentasi Pindahmilik dan Dokumentasi Pembiayaan.
Bagi pembeli yang merupakan Penjawat Awam, anda mempunyai kelebihan di mana kos yuran guaman Dokumentasi Pembiayaan dapat dimasukkan di dalam pembiayaan LPPSA. Jadi, bebanan pembeli dapat dikurangkan di mana pembeli cuma menanggung kos yuran guaman pindahmilik sahaja.
Bagi pembeli yang membuat pembiayaan menggunakan Bank, tidak semua Bank memasukkan kos yuran guaman Dokumentasi Pembiayaan di dalam pembiayaan, tetapi masih ada Bank yang memberi kemudahan tersebut seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan CIMB bergantung juga kepada kelayakan anda. Oleh itu, dapatkan pengesahan tersebut daripada 𝑏𝑎𝑛𝑘𝑒𝑟 yang menguruskan permohonan pembiayaan anda.
4. 𝐃𝐮𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐦
Duti setem adalah cukai yang dikenakan oleh LHDN ke atas dokumentasi Pindahmilik dan Pembiayaan. Duti yang dikenakan ke atas kedua-dua suratcara tersebut adalah secara 𝑎𝑑 𝑣𝑎𝑙𝑜𝑟𝑒𝑚
Di dalam urusan pindahmilik di bawah Perjanjian Jual Beli rumah, pembeli perlu menanggung kos duti setem mengikut 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶 rumah/tanah.
Begitu juga dengan Dokumentasi Pembiayaan, pembeli perlu menanggung kos duti setem Dokumentasi Pembiayaan mengikut 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 yang dibuat.
Namun begitu, bagi pembelian rumah pertama di bawah harga RM500,000.00, kerajaan memberikan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗱𝘂𝘁𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗺 ke atas kedua-dua dokumentasi berikut bermula dari awal tahun 2021 sehingga akhir tahun 2025. Dengan pengecualian ini, pembeli dapat mengurangkan bebanan untuk menanggung kos tersebut.
Jadi, sebagai pembeli rumah pertama, rebutlah peluang ini untuk memiliki rumah idaman anda.
Lantik kami sebagai pemudah cara transaksi jual beli rumah anda.
𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐋𝐐𝐈𝐒 & 𝐂𝐎.
Peguam Hartanah Alor Setar
Panel LPPSA
Ad Hoc Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Public Bank.