​RISAU PEGUAM YANG DILANTIK ADALAH SCAMMER ATAU PENIPU?

Sebelum anda membuat keputusan untuk melantik peguam bagi mewakili anda dalam apa jua urusan guaman terutamanya hal-hal berkaitan jualbeli hartanah seperti tanah mahupun rumah, amat wajar untuk anda menyemak terlebih dahulu sama ada peguam tersebut bertauliah ataupun tidak.

 

Berikut adalah saluran yang tepat untuk anda menyemak.

 

Umum ketahui, firma guaman dan peguam bertauliah di Malaysia diselia dan dipantau oleh Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council). Tetapi, bagaimanakah orang awam mempunyai akses untuk menyemak sama ada peguamnya bertauliah atau tidak melalui Majlis Peguam Malaysia?

 

Untuk membuat semakan, anda boleh menekan link di bawah ini dan masukkan nama peguam atau nama firma guaman yang anda ingin mendapatkan pengesahan.


https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/

 

Senarai firma guaman dan peguam di dalam Laman Sesawang tersebut mempunyai sijil amalan yang sah bagi tahun semasa. Nama peguam tersebut telah didaftarai iaitu sebuah senarai yang disimpan oleh Pendaftar Mahkamah dan ditandatangi oleh Ketua Hakim Negara atau Hakim yang menerima masuk individu tersebut sebagai seorang peguam yang bertauliah. Sebagai tambahan, peguam dan firma guaman ini pula dikawal selia tatacara profesion guamannya oleh Majlis Peguam Malaysia. Jadi, anda tidak perlu risau lagi akan situasi peguam yang dilantik adalah seorang penyamar. 


Puteri Balqis & Co adalah firma guaman bertauliah di bawah Majlis Peguam Malaysia dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani di mana cawangan utamanya adalah di Alor Setar, Kedah. Puteri Balqis & Co adalah firma guaman yang menguruskan kes-kes hartanah di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian Utara tanah air.


​Jika anda memerlukan peguam hartanah yang anda boleh percayai, mudah berurusan serta yuran guaman yang berpatutan, kami sedia dihubungi.