Tips Mencari Peguam Panel LPPSA 2023
Keperluan di dalam melantik Peguam LPPSA
Apabila anda membeli hartanah sama ada rumah ataupun tanah menggunakan Pembiayaan atau Pinjaman LPPSA, menjadi satu keutamaan untuk melantik Peguam atau Firma Guaman yang berpanel di bawah LPPSA.
Ini kerana, hanya Peguam atau Firma Guaman LPPSA sahaja yang mempunyai akses untuk menguruskan urusan dan transaksi yang melibatkan sistem portal pembiayaan LPPSA "LMS".
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda dalam mencari peguam LPPSA yang tepat:
1. Layari Laman Web LPPSA
LPPSA menyediakan portal bagi Pelanggan-Pelanggan LPPSA untuk mencari dan melantik barisan panel firma guaman LPPSA bagi menguruskan jualbeli hartanah yang menggunakan pinjaman atau pembiayaan LPPSA. Kunjungi laman web rasmi LPPSA untuk mendapatkan senarai peguam yang disenaraikan di bawah lembaga tersebut.
Klik untuk menyemak Peguam LPPSA
2. Rujuk Rakan atau Keluarga
Tanya rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli hartanah menggunakan loan LPPSA. Rekomendasi dari orang yang anda percayai adalah sumber maklumat yang jujur.
3. Gunakan Perkhidmatan Laman Sesawang lain
Terdapat perkhidmatan laman sesawang "website" lain yang boleh membantu anda untuk mencari peguam atau firma guaman berdasarkan lokaliti anda, bidang kepakaran, dan lain-lain. Contohnya, di Malaysia, anda boleh menggunakan perkhidmatan seperti "Bar Council Malaysia - Find a Lawyer" atau "Simplifi".
Klik untuk menyemak Peguam di Majlis Peguam Malaysia
Klik untuk menyemak Peguam di Simplifi
Setelah anda telah mendapatkan nama firma guaman atau peguam yang anda ingin melantik, pastikan anda semakan semula di dalam portal LPPSA untuk memastikan peguam @ firma guaman lantikan anda merupakan panel LPPSA.
4. Semak Ulasan atau Review
Membaca ulasan atau review dari klien terdahulu dapat memberikan anda gambaran tentang pengalaman orang lain dengan peguam atau firma guaman tersebut. Beberapa laman web seperti Google Reviews atau platform ulasan peguam dapat memberikan maklumat ini.
Klik untuk melihat Google Review kami
5. Saring Berdasarkan Bidang Amalan Peguam
Pastikan peguam yang anda ingin melantik mempunyai pengalaman dan mengkhususkan amalan guaman dalam bidang hartanah atau "conveyancing" bagi memenuhi keperluan anda untuk menguruskan segala transaksi dan dokumentasi yang berkaitan jual beli dan pinjaman LPPSA.
Setelah anda mendapatkan firma guaman atau peguam tersebut, sekali lagi, semak semula dengan portal LPPSA untuk mengetahui sama ada peguam atau firma guaman tersebut berpanel LPPSA ataupun tidak.
6. Lokasi dan Aksesibiliti
Pilih peguam yang berlokasi secara strategik dan mudah untuk anda akses. Ini dapat membantu anda untuk hadir ke Pejabat Peguam tersebut untuk sebarang urusan berkaitan penyempurnaan tandatangan anda. Namun begitu, jika Peguam tersebut dapat menghadirkan diri ke lokasi klien, ia bukanlah faktor untuk dipertimbangkan.
Puteri Balqis & Co. merupakan Firma Guaman yang berpusat di Alor Setar, Kedah, namun kami telah menguruskan Jual Beli Hartanah, seperti rumah dan tanah seluruh Semenanjung Malaysia.
Klik untuk melihat lokasi Daerah dan Negeri yang telah kami uruskan
7. Dapatkan sebutharga Bil Guaman SPA dan Pinjaman LPPSA
Sebelum membuat keputusan muktamad untuk melantik Peguam LPPSA anda, dapatkan maklumat tentang jumlah Bil Guaman terlebih dahulu. Pastikan anda memahami dengan jelas berapa yang akan dikenakan dan apa yang termasuk dalam bayaran tersebut.
8. Lakukan Siasatan Tambahan
Sebelum membuat keputusan muktamad, lakukan siasatan tambahan terhadap peguam yang dipilih menggunakan segala medium media sosial yang anda punyai. Pastikan mereka tidak mempunyai catatan profesional yang buruk dan memastikan bahawa mereka mematuhi etika undang-undang.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatlah bahawa mencari Peguam LPPSA adalah keputusan yang penting, dan memilih peguam yang tepat boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan urusan Jual Beli Hartanah anda dengan cekap dan selamat. Jangan ragu untuk mengajukan soalan dan berkomunikasi dengan Peguam yang anda ingin melantik sebelum membuat keputusan akhir.
Puteri Balqis & Co. adalah Firma Guaman Hartanah Panel LPPSA yang sah beramal di Kedah dan berpengalaman dalam menguruskan kes-kes hartanah di Kedah mahupun luar daripada Negeri Kedah menggunakan Pembiayaan LPPSA.
Perlukan Peguam Hartanah Panel LPPSA atau mahu dapatkan sebutharga?
Sila tekan mana-mana icon di bawah mengikut pilihan anda untuk menghubungi kami.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.