Tukar Nama pada Utiliti

3 π™₯π™šπ™§π™ π™–π™§π™– π™₯π™šπ™£π™©π™žπ™£π™œ π’šπ’‚π’π’ˆ π™₯π™šπ™§π™‘π™ͺ π™™π™žπ™‘π™–π™ π™ͺ𝙠𝙖𝙣 π™€π™‘π™šπ™ π™‹π™šπ™’π™—π™šπ™‘π™ž π™¨π™šπ™©π™šπ™‘π™–π™ π™¨π™šπ™‘π™šπ™¨π™–π™ž π™ͺ𝙧π™ͺ𝙨𝙖𝙣 𝙅π™ͺ𝙖𝙑 π˜½π™šπ™‘π™ž 𝙍π™ͺ𝙒𝙖𝙝 (𝙨π™ͺπ™—π™¨π™–π™‘π™š)


Selesai serahan kunci dan dokumen-dokumen rumah (Geran, Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Permbiayaan) kepada Klien Puteri Balqis & Co (Alor Setar).Β 


Setiap kali serahan dilakukan, kami akan sentiasa mengingatkan pembeli untuk membuat pertukaran nama pada 3 perkara ini.Β 


Ini kerana di dalam rekod pejabat-pejabat berikut masih lagi atas nama pemilik lama @ Penjual walaupun rekod di dalam Geran telah bertukar nama kepada nama pembeli baru.


Sila rujuk next updates 3 perkara perlu ditukar nama oleh Pemilik Baru.Β 

Berikut adalah 3 perkara penting yang perlu ditukar nama oleh Pemilik Baru:-


1. Cukai Pintu

Sebagai pemilik baru, pembeli perlu ke Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah untuk membuat permohonan pertukaran rekod cukai pintu. Di sana, anda perlu mengisi borang yang disediakan dan menyertakan dokumen-dokumen berkaitan jual beli serta membayar sejumlah caj perkhidmatan yang telah ditetapkan.


2. UtilitiΒ 

Perkara seterusnya yang perlu diselesaikan oleh pemilik baru adalah pertukaran nama pada bil-bil utiliti seperti Syarikat Elektrik (TNB), Syarikat Air (SADA-Negeri Kedah), dan Indah Water Konsortium (IWK).Β 


3. Bil Penyelenggaraan (Maintenance)Β 

Bagi hakmilik / rumah strata, pembeli perlu memaklumkan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) hartanah strata tersebut mengenai maklumat pemilik baru bagi unit yang telah dibeli. Ini kerana bil penyelenggaraan perlu diserahkan kepada pemilik baru.


Untuk memudahkan urusan pertukaran nama oleh klien -klien Puteri Balqis & Co (Alor Setar), kami menyediakan 1 fail khusus di mana dihimpunkan kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan untuk di bawa ke tempat-tempat yang disebut di atas.


Puteri Balqis & Co.

Peguam Hartanah anda.

#jualbelirumahalorsetar #peguamhartanahkedah #peguamhartanahalorsetar #peguampanellppsaalorsetar #peguampanellppsaΒ 

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.