Β MELEPASKAN GADAIANΒ 

(TEBUS GERAN)

𝐌𝐞π₯𝐞𝐩𝐚𝐬𝐀𝐚𝐧 π†πšππšπ’πšπ§ adalah satu proses untuk menebus kembali Geran Asal daripada pihak Bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)Β  setelah pembayaran penuh pinjaman perumahan telah dibuat oleh Peminjam. Apabila proses Melepaskan Gadaian selesai dilakukan, nama Bank atau LPPSA akan dikeluarkan daripada Geran tersebut dan Geran Asal akan berada di dalam milikan dan pegangan Pemilik Berdaftar.

Orang awam seringkali salah faham bahawa apabila mereka selesai sahaja membayar kesemua pinjaman, Geran Asal akan dikembalikan automatik kepada "Owner" oleh pemegang gadaian. Tanggapan ini tidak betul. Apabila baki hutang pinjaman owner selesai dibayar, pihak owner perlu membuat proses melepaskan gadaian, barulah owner dapat memegang Geran Asal di dalam simpanan owner sendiri.

Bagi peminjam Bank, owner perlu melantik Peguam untuk menguruskan proses melepaskan gadaian. Ini kerana, Bank tidak akan melepaskan Geran Asal Hartanah terus kepada owner.Β 

Berbeza pula dengan LPPSA, apabila owner telah selesai bayar hutang rumah atau tanah, pihak LPPSA akan menghantar surat penyelesaian baki hutang dan di dalamnya diberi pilihan kepada peminjam LPPSA untuk menguruskan sendiri proses melepaskan gadaian tersebut atau melantik peguam. Jika owner membuat pilihan untuk menguruskan sendiri, maka, owner perlu mengisi borang tertentu yang disediakan oleh LPPSA untuk pemulangan secara pos berdaftar atau kutipan sendiri. Setelah owner menerima dokumen melepaskan gadaian daripada LPPSA, owner perlu menguruskan sendiri transaksi melepaskan gadaian tersebut.


APAKAH DOKUMEN PEJABAT TANAH YANG DIGUNAKAN UNTUK PROSES MELEPASKAN GADAIAN???

Suratcara yang digunakan di Pejabat Tanah untuk tujuan melepaskan gadaian dikenali sebagai 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 πŸπŸ”π. Pihak Peguam akan menyediakan borang tersebut setelah dilantik oleh peminjam dan menghantar kepada pihak Bank atau LPPSA untuk ditandatangani. Sila ambil maklum, Suratcara ini hanya dapat diguna pakai bagi kes-kes yang melibatkan Hartanah yang mempunyai Geran Individu atau Geran Strata sahaja.


PROSES-PROSES MELEPASKAN GADAIAN

Berikut adalah proses- proses Melepaskan Gadaian:-

Jika anda perlukan peguam sebagai pemudah cara urusan menebus geran anda, sila hubungi kami untuk urusan melepaskan gadaian @ menebus geran anda daripada Bank ataupun LPPSA.

Dapatkan sebutharga tebus geran daripada kami sekarang.


Puteri Balqis & Co.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA Alor Setar


Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.