Bil Yuran Guaman LPPSA 2024

Jika anda merupakan kakitangan awam yang ingin membuat pembelian hartanah menggunakan Pembiayaan Perumahan LPPSA, perkara ini anda patut ambil tahu.

Bil Guaman Yang Pembeli Perlu Tanggung Di Dalam Urusan Jual Beli Hartanah

Apabila anda melantik Peguam Hartanah untuk menguruskan dokumentasi dan transaksi yang berkaitan Jual Beli Hartanah, anda perlu menanggung bil guaman yang berkaitan jual beli dan pindahmilik daripada nama Penjual kepada Pembeli di dalam geran hartanah tersebut. Kebiasaannya bil guaman ini dipanggil sebagai Bil Guaman SPA (Perjanjian Jualbeli). Bil Guaman SPA ini akan dikenakan bagi urusan penyediaan dan penyempurnaan dokumentasi yang berkaitan dengan Jual Beli Hartanah tersebut seperti Perjanjian Jualbeli, Borang 14A dan surat-surat berkaitan sebagai contoh Surat Akuan Penjual atau Pembeli. Selain itu, Bil Guaman SPA juga dikenakan bagi urusan transaksi pemindahan daripada nama Pemberi kepada Penerima Pindahmilik di agensi-agensi yang terlibat seperti LHDN dan Pejabat Tanah.

Jadi, jika anda membeli hartanah secara tunai - cash buyer, anda hanya perlu menanggung Bil Guaman SPA sahaja.

❓📢 Bagaimanakah situasi jika saya membeli rumah menggunakan loan LPPSA? Betul ke kena tanggung 2 Bil Guaman?

Betul. Apabila anda membeli hartanah sama ada rumah ataupun tanah menggunakan pembiayaan LPPSA, anda perlu menanggung 2 Bil Guaman iaitu, Bil Guaman SPA dan Bil Guaman Dokumentasi Pembiayaan.

Kenapa pula 2 Bil Guaman?

Apabila anda membeli hartanah menggunakan pembiayaan, Peguam Hartanah perlu menyediakan dokumentasi berkaitan pembiayaan seperti Perjanjian Pembiayaan dan Borang Gadaian di antara Pembeli dan LPPSA serta surat-surat berkaitan sebagai contoh Surat Akujanji Penjual dan Surat Wang Beza. Selain itu, pihak Peguam Hartanah perlu melakukan dan melengkapkan transaksi pendaftaran Gadaian daripada Pembeli kepada LPPSA. Pihak Peguam Hartanah juga akan menguruskan penyempurnaan wakil kuasa (PA) LPPSA ke atas dokumentasi Pembiayaan tersebut dan melengkapkan dokumen-dokumen yang menjadi keperluan bagi pengeluaran wang pembiayaan oleh LPPSA.

Salah satu daripada kelebihan membuat pembiayaan LPPSA adalah LPPSA akan membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan dan ianya akan diambilkira sebagai dalam jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh LPPSA. 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut yang berkaitan Yuran Guaman Dokumentasi Pembiayaan LPPSA di website rasmi LPPSA

Pastikan Bil Guaman @ Sebut Harga Peguam Lengkap Dan Mengikut Format LPPSA!

Jika anda ingin LPPSA membiayai kos yuran guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan, LPPSA mewajibkan anda untuk menyertakan sebutharga daripada Peguam Panel LPPSA mengikut template sebutharga kos yuran guaman yang disediakan oleh LPPSA dan dikemukakan bersama pemohonan. Berikut merupakan contoh bil guaman yang mengikut template yang disediakan oleh LPPSA.

CONTOH BIL GUAMAN LOAN RM320,000.00

APAKAH ITEM YANG DI MASUKKAN DI DALAM SETIAP BIL GUAMAN???

Di dalam Bil Guaman, akan dinyatakan 2 Jenis Item iaitu, Yuran/Fee Guaman dan Perbelanjaan/Disbursement.

YURAN GUAMAN adalah bayaran upah Peguam ke atas kerja-kerja penyediaan perjanjian, penyediaan dokumen-dokumen Pejabat Tanah, nasihat guaman, pengurusan dan pengendalian surat menyurat, pengurusan duti setem dan pendaftaran di Pejabat Tanah. Yuran Guaman adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam Solicitors’ Remuneration Order 2023 di bawah Legal Profession Act 1976 yang berkuatkuasa pada 15 Julai 2023 seperti berikut:-

PERBELANJAAN pula adalah kos-kos yang dikenakan oleh pihak ketiga ke atas Pembeli atas urusan Jualbeli/Pindahmilik dan Pembiayaan/Gadaian seperti kos duti setem LHDN dan kos pendaftaran di Pejabat Tanah. Bayaran di Pejabat Tanah adalah mengikut kadar yang ditetapkan mengikut Pejabat Tanah Negeri masing-masing. Selain itu, di dalam item Perbelanjaan, ada dinyatakan bayaran perbelanjaan hangus seperti perjalanan, cetakan kertas dan pelbagai.


Nota kaki: Perkongsian ini juga boleh dirujuk oleh Pembeli yang menggunakan Pembiayaan Bank untuk membeli hartanah, cuma, sama ada Bil Guaman Dokumentasi Pembiayaan anda boleh diserap masuk ke dalam Pembiayaan Bank anda ataupun tidak, bergantung kepada Bank Pembiaya anda. Sila rujuk kepada Pegawai Bank yang menguruskan permohonan pinjaman perumahan anda.


Sila rujuk ringkasan gambar rajah di bawah untuk lebih lanjut.

"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"

PUTERI BALQIS & CO.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA

Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami DI SINI

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.