Law Chambers of Puteri Balqis (PBLC) adalah sebuah Firma Guaman Hartanah di Alor Setar, Kedah yang diasaskan oleh Puan Puteri Balqis. Beliau dengan penuh keberanian dan keazaman telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah firma guaman "Rakan Kongsi" yang melibatkan kes-kes hartanah seperti Jual Beli, Hibah, dan Pusaka bagi Hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia.
PBLC merupakan Firma Guaman Hartanah Panel Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Sehinggalah kini, PBLC menguruskan kes-kes Jual Beli Hartanah yang melibatkan Pembiayaan LPPSA di seluruh Semenanjung Malaysia serta menerima review dan pengalaman baik daripada para anakguam PBLC dari kalangan Penjawat Awam.
Bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk mendapatkan khidmat guaman Syarie, Puan Puteri Balqis mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Puan Faizatul Mathwa pada tahun 2024, seorang Peguam Syarie yang berpengalaman dan komited dalam guaman syarie sebagai rakan kongsi di PBLC.
Bagi meluaskan lagi bidang amalan guaman PBLC kepada masyarakat, di bawah pengendalian Rakan Kongsi, Puan Nurfarhana, PBLC menyediakan khidmat guaman litigasi bagi kes-kes sivil, jenayah, undang-undang buruh dan undang-undang keluarga bukan Islam.
PBLC beroperasi di bawah Perlindungan Insurans sebanyak RM3,000,000.00. Tiada tuntutan telah dibuat terhadap rakan kongsi, mahupun firma guaman. Walau bagaimanapun, PBLC sentiasa menyasarkan untuk menyediakan amalan perundangan standard tertinggi dan memenuhi dasar pengurusan risiko dengan komitmen yang tinggi terhadap pengendalian kes-kes anakguam.
Terkini, Law Chambers of Puteri Balqis berkembang menjadi Firma Peguam Panel LPPSA dan berpengalaman menguruskan kes-kes jual beli dan pembiayaan perumahan bagi kakitangan awam serta Firma Guaman Litigasi Syarie, Sivil dan Jenayah.
Pasukan kami amat berdedikasi dan komited dalam mengendalikan setiap kes-kes anak guam kami. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang melibatkan transaksi hartanah dan lain-lain seperti di bawah: -
Kami menawarkan khidmat perundangan di dalam menasihati, merangka Perjanjian Jual Beli Hartanah dan melaksanakan pindahmilik yang terlibat di dalam transaksi tersebut.
GUAMAN SYARIE
PBCO. menyediakan khidmat guaman syarie dalam perkara-perkara kekeluargaan dan kes-kes di Mahkamah Shariah Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
Kami merupakan Firma Peguam Panel LPPSA dan AD Hoc bagi Bank- Bank tertentu di mana kami berpengalaman di dalam menyediakan dokumentasi pembiayaan dan melayari "banking system" bagi setiap Institusi Kewangan tersebut.
Kami menguruskan dokumentasi untuk melepaskan gadaian / tebus geran rumah yang telah selesai bayaran baki hutang daripada Bank mahupun LPPSA bagi penjawat awam.
Kami dilantik dalam menguruskan kes penggantian hakmilik tertentu bagi Geran Asal yang hilang di dalam pegangan LPPSA
PERJANJIAN PEMBINAAN
PBCO. menguruskan kes pembinaan rumah menggunakan Pembiayaan LPPSA