Tips Litigasi Sivil - Cara Tuntut Hutang
CARA TUNTUT HUTANG KECIL
Tahukah anda? Jika anda ingin menuntut Hutang Kecil, anda boleh melakukan sendiri tanpa perlu melantik Peguam Sivil.
Lalu, apakah yang dimaksudkan dengan "Hutang Kecil"?
Berikut adalah elemen-elemen yang menjadikan hutang tersebut dianggap sebagai "Hutang Kecil":-
· Kawan-kawan atau saudara mara ada berhutang dengan anda dan enggan bayar;
· Tuntutan hutang mestilah kurang daripada RM5,000.00;
· Anda (Penuntut Hutang /Plaintif) mestilah individu dan bukannya syarikat.
Apa yang anda perlu lakukan?
Anda perlu hadir ke Mahkamah Majistret (Bahagian Tuntutan Kecil) berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan borong-borang berkaitan tuntutan tersebut.
Anda juga perlu membawa dokumen-dokumen berkaitan yang menunjukkan bahawa mereka telah berhutang dengan anda.
Kehadiran peguam adalah tidak diperlukan dan semestinya boleh menjimatkan poket anda.
Tetapi jika hutang yang anda ingin tuntut lebih daripada RM5,000.00, anda perlu melantik Peguam Sivil bagi memulakan proses sivil bagi menuntut hutang anda daripada peminjam di Mahkamah.
Law Chambers of Puteri Balqis adalah Firma Peguam Sivil yang berpengalaman di dalam menuntut hutang-hutang yang melebihi jumlah RM5,000.00.
Puan Nurfarhana Binti Fadzil
Law Chambers of Puteri Balqis
Firma Peguam Sivil Alor Setar
Firma Peguam Sivil Kedah