Rumah sudah ada. Tapi tak tahu macam mana ingin memulakan proses membeli rumah menggunakan pembiayaan LPPSA.

Inilah situasi yang kerap berlaku kepada Penjawat Awam yang ingin membeli rumah subsale. Lagi-lagi apabila Pembeli berurusan jual beli "direct" dengan Tuan Tanah/Penjual tanpa melibatkan ejen hartanah sebagai orang tengah. Jadi, posting ini akan membantu anda memberi sedikit sebanyak gambaran bagaimana atau dari mana anda patut mula bertindak.

Pertama sekali, semak kelayakan pembiayaan @ loan LPPSA anda. Pastikan loan anda cukup untuk menampung harga jual beli rumah yang anda ingin beli. 


Kedua, pastikan harga jual beli rumah adalah di paras atau di bawah market value. Ini kerana, walaupun kelayakan loan anda tinggi namun kelulusan loan LPPSA mengikut market value rumah tersebut. Jika loan anda di paras market value, dan kelayakan anda melebihi market value, peratus kelulusan loan anda 100% adalah TINGGI.


Ketiga, cari peguam LPPSA yang anda boleh percayai. Dapatkan tips mencari Peguam LPPSA di sini yang anda boleh yakini. Puteri Balqis & Co. (Cawangan Utama) merupakan Peguam Panel Full Fledged LPPSA dengan prestasi Good Performance.


Keempat, proses memohon pembiayaan LPPSA bermula. Di peringkat ini, kedua-dua pihak, Pembeli dan Peguam mempunyai tindakan masing-masing. Peguam yang dilantik akan menyediakan Deraf S&P, Sebutharga Yuran Guaman Loan, Surat Akujanji Peguam bagi kes rezab melayu dan lain-lain. Kesemua dokumen-dokumen ini diperlukan untuk tujuan memohon pembiayaan LPPSA pembeli.

Bagi pihak Pembeli pula, perlu mengisi Permohonan Pembiayaan atas talian di SISTEM LMS LPPSA  dan mendapatkan tandatangan ketua jabatan pada Borang Permohonan Pembiayaan yang telah dicetak setelah selesai melengkapkan permohonan atas talian. Di PBCO. (Cawangan Utama), kami menyediakan khidmat Ejen Berdaftar LPPSA yang berpengalaman untuk membantu Pembeli memohon dan mengisi permohonan pembiayaan di dalam sistem LMS LPPSA SECARA PERCUMA.


Kelima, hantar Borang Permohonan Pembiayaan LPPSA bersama-sama dengan Dokumen-Dokumen lampiran ke JPPH untuk tujuan Penilaian mereka, dan ke LPPSA bagi memproses kelulusan permohonan pembiayaan LPPSA.


Keenam, tunggu JPPH dan LPPSA memproses permohonan. JPPH mengambil tempoh masa satu (1) hingga tiga (3) minggu untuk mengeluarkan laporan penilaian dan dihantar terus ke LPPSA. Selepas LPPSA menerima laporan penilaian, LPPSA akan memproses permohonan pembiayaan dalam tempoh anggaran masa satu (1) hingga dua (2) minggu daripada tarikh LPPSA menerima dokumen-dokumen lengkap termasuklah laporan penilaian JPPH.

Ketujuh, surat tawaran keluar. Pembeli akan menerima email bahawa permohonan pembeli telah lulus dan Pembeli dikehendaki untuk menekan butang "terima" atau "tolak". 

Setelah Pembeli memilih butang "terima", pihak peguam pula akan menerima notifikasi emel arahan daripada LPPSA untuk bertindak dan menyediakan kesemua dokumen-dokumen berkaitan Jual Beli, Pindahmilik, Dokumentasi Pembiayaan dan Gadaian.

Kelapan, setelah selesai penyediaan dokumen-dokumen oleh peguam, pembeli akan menandatangani kesemua dokumen-dokumen tersebut . Jika tanah tersebut rezab melayu, sila dapatkan info anda di sini.


Akhir sekali, setelah pembeli menandatangani dokumen-dokumen yang disediakan oleh peguam, bermulalah prosedur-prosedur guaman berkaitan jual beli hartanah yang akan diuruskan sepenuhnya oleh peguam anda.


Lambat atau cepat proses pindahmilik, gadaian dan pengeluaran duit pembiayaan, bergantung kepada status hartanah dan prestasi peguam anda. 


PUTERI BALQIS & CO. (Cawangan Utama)

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam Panel LPPSA

Anda boleh merujuk gambarajah di sebelah 

sebagai ringkasan.

Lambat atau cepat proses pindahmilik, gadaian dan pengeluaran duit pembiayaan daripada LPPSA, bergantung kepada status hartanah dan prestasi peguam anda. 


"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"


PUTERI BALQIS & CO. (Cawangan Utama)

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam Panel LPPSA

Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.