Taman Seetee Aisah
Selesai juga pindahmilik dan gadaian pajakan bagi rumah berstatus waqaf
Jual Beli Rumah di Perai, Pulau Pinang menggunakan pinjaman BIMB
Status tanah : Rumah masih tergadai dengan BIMB - Tanah Waqaf - Bukan Rezab Melayu - Tiada Sekatan Kepentingan
Pembeli menggunakan Loan BIMB
---------------------------------------------------------------------------------------
Pembeli memohon Pembiayaan Bank Islam dan permohonan pembiayaan pembeli telah diluluskan.
Setelah kami melalui bermacam-macam prosedur yang sedikit berbeza daripada jual beli rumah yang bukan berstatus waqaf, akhirnya pada 09/05/2024, geran rumah tersebut telah sedia untuk dikutip dan pihak kami telah mengutip pada 10/05/2024.
Alhamdulillah, nama Pembeli telah naik di atas geran sebagai penerima pajakan baru bagi rumah tersebut dan gadaian ke atas pajakan hartanah tersebut juga berjaya didaftarkan. Alhamdulillah.
Pada hari yang sama kami terus membuat serahan tangan salinan geran rumah dan dokumen-dokumen lain kepada pembeli. Geran Asal ke mana? Mestilah kepada pemilik, iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Such a meaningful case for PBCO.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Peguam Hartanah Alor Setar
Serahan dokumen rumah kepada Pembeli