Cara Semak Baki Hutang LPPSA
Peminjam LPPSA ingin membuat penyelesaian penuh baki hutang
Apabila Peminjam LPPSA ingin membuat penyelesaian penuh baki hutang, bolehkah peminjam LPPSA membayar mengikut baki pembiayaan yang terpapar di portal LPPSA bagi tujuan tersebut?
Jawapannya, TIDAK BOLEH.
Baki pembiayaan perumahan yang dipaparkan di portal adalah berdasarkan anggaran baki pembiayaan sahaja dan masih belum mengambil kira kenaan faedah/ untung, caj atau bayaran terkumpul oleh LPPSA.
Jadi, jika Peminjam LPPSA ingin membuat penyelesaian penuh, peminjam mestilah memohon penyata baki hutang daripada LPPSA bagi tujuan penyelesaian baki pembiayaan. Jumlah keseluruhan baki hutang akan dikemaskini sehingga tiga (3) atau (6) bulan ke hadapan. Pelanggan boleh membuat bayaran penyelesaian mengikut bulan dan jumlah yg diberikan seperti di dalam penyata baki hutang tersebut.
SEMAKAN BAKI HUTANG BAGI TUJUAN PENYELESAIAN PENUH PEMBIAYAAN LPPSA
Peminjam LPPSA boleh memohon penyata baki hutang bagi tujuan penyelesaian penuh secara atas talian melalui portal LPPSA – https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/ dengan memilih Borang Online - Permohonan Penyata Baki Hutang Untuk Tujuan Penyelesaian Penuh.
Cara semak baki hutang LPPSA yang lain ialah pihak peminjam sendiri yang menelefon khidmat pelanggan LPPSA untuk mendapatkan baki hutang bagi tujuan penyelesaian penuh. Hanya peminjam sendiri yang boleh menelefon bagi mendapatkan maklumat mengenai baki hutang. Khidmat Pelanggan LPPSA akan menanyakan beberapa maklumat bagi mengesahkan identiti Pelanggan LPPSA sebelum anda dapat mengetahui info berkenaan baki hutang Pembiayaan LPPSA.
No Khidmat Pelanggan LPPSA yang anda boleh hubungi ialah 03-88801600
SEMAKAN BAKI HUTANG BAGI TUJUAN MENJUAL HARTANAH
Jika Peminjam LPPSA ingin mendapatkan penyata baki hutang bagi tujuan untuk menjual atau menebus atau mencagar Hartanah tersebut kepada pihak lain, maka Peminjam LPPSA perlu melalui peguam untuk mengemukakan permohonan rasmi kepada LPPSA dengan melengkapkan borang Permohonan Untuk Menebus Hutang/ Menjual/ Mencagar Harta Kepada Bank/ Institusi Kewangan (Jh1) dan Permohonan Untuk Menjual Harta Secara Kontra (Jh2) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang LPPSA di >> Sila tekan SINI.
Perkongsian ini dirujuk daripada Soalan Lazim LPPSA. Sila dapatkan maklumat lanjut di SINI
Puteri Balqis & Co. merupakan Firma Guaman Panel LPPSA yang telah menyediakan khidmat guaman hartanah sejak daripada tahun 2018 lagi sehingga kini. Dan kami telah banyak memberi nasihat dan khidmat guaman bagi urusan jual beli rumah dan tanah menggunakan pembiayaan LPPSA di mana kami telah mendapat penyata baki hutang daripada LPPSA dan menebus Geran Asal Hartanah daripada LPPSA.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Raihan,
Untuk dan bagi pihak
Tetuan Puteri Balqis & Co. (Cawangan Utama)
#peguamlppsa #peguamhartanahalorsetar #jualbelirumah #loanlppsa #lawyerlppsa
Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.