Kelulusan Pembiayaan LPPSA berdasarkan kepada Kelayakan Peminjam?
Rata-rata kakitangan awam yang menghubungi kami beranggapan bahawa LPPSA akan meluluskan jumlah pembiayaan mengikut kelayakan maksimum mereka semata-mata.
Namun begitu, tanggapan tersebut adalah tidak tepat. Ini kerana, LPPSA akan menilai dan meluluskan AMAUN YANG TERENDAH daripada ketiga-tiga faktor berikut:-
1) Harga Jualbeli di dalam SPA;
2) Harga Penilaian Semasa Hartanah tersebut;
3) Amaun Kelayakan Peminjam.
Justeru, sebelum memulakan proses memohon pembiayaan LPPSA, dapatkan konsultansi daripada Peguam LPPSA terlebih dahulu bagi melancarkan urusan jual beli hartanah anda dengan mendapatkan amaun pembiayaan yang bersesuaian dengan kes anda.
Dapatkan nasihat atau rundingcara Pegawai In Charge (PIC) LPPSA kami jika anda ingin memohon Pinjaman atau Pembiayaan Perumahan LPPSA.
Contoh amaun kelulusan LPPSA
Puteri Balqis & Co. merupakan Firma Guaman Panel LPPSA yang telah menyediakan khidmat guaman hartanah sejak daripada tahun 2018 lagi sehingga kini. Dan kami telah banyak memberi nasihat dan khidmat guaman bagi urusan jual beli rumah dan tanah menggunakan pembiayaan LPPSA kepada para anakguam kami.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Raihan,
Untuk dan bagi pihak Tetuan Puteri Balqis & Co. (Cawangan Utama)
#peguamlppsa #peguamhartanahalorsetar #jualbelirumah #loanlppsa #lawyerlppsa
Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.