Taman Desa Barakah, Tanah Merah, Kelantan - Loan LPPSA

Jual Beli rumah subsale di Taman Desa Barakah, Kelantan menggunakan pinjaman LPPSA

Status rumah : Penjual masih berhutang dengan LPPSA - Freehold - Rezab Melayu - Sekatan Kepentingan - Pembeli menggunakan Loan LPPSA

Rumah ini mempunyai sekatan kepentingan di mana rumah ini tidak boleh dipindahmilik atau digadai melainkan mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri.

Pembeli menggunakan Pembiayaan LPPSA Jenis 1, iaitu Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap 

Sebaik sahaja Surat Tawaran Pinjaman LPPSA pembeli keluar, pihak kami mengatur sesi tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Pembiayaan LPPSA. Selesai sahaja urusan tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan LPPSA oleh pihak Penjual dan Pembeli, pihak kami terus memulakan proses untuk memohon kebenaran atau consent daripada pihak berkuasa negeri @ Exco Kelantan.

Setelah kami terima Surat Kebenaran daripada Exco Kelantan, pihak kami terus mengatur sesi tandatangan Penjual dan Pembeli pada Borang Pindahmilik (14A) dan Gadaian (16A) memandangkan hanya Pentadbir Tanah sahaja yang boleh menjadi saksi bagi penurunan tandatangan pada Borang Kanun Tanah Negara yang melibatkan tanah rezab melayu.

Alhamdulillah, geran rumah tersebut telah dikutip. Salinan Geran dan lain-lain dokumen berkaitan rumah tersebut telah diserahkan kepada Pembeli, Penjual juga telah mendapatkan duit baki jual beli rumah tersebut dan Geran Asal diserahkan kepada LPPSA untuk dipegang oleh LPPSA sebagai pemegang gadaian bagi rumah tersebut sehinggalah pembeli menyelesaikan pinjaman tersebut kelak.

"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"


Puteri Balqis & Co.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA Alor Setar

Santuni Penjual tandatangan SPA 

Santuni Pembeli tandatangan SPA dan Loan Agreement LPPSA

Kutip Geran Asal di PTG Kelantan