Jenis-Jenis 

Pinjaman LPPSA

LPPSA menyediakan 7 Jenis  Pembiayaan Perumahan 

Salah satu daripada Kelebihan Pembiayaan LPPSA adalah LPPSA menyediakan pelbagai JENIS PEMBIAYAAN kepada Penjawat Awam. LPPSA tidak mengehadkan pinjaman perumahan hanya untuk membeli rumah sahaja, iaitu Pembiayaan LPPSA Jenis 1, Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap, malah LPPSA turut menyediakan kemudahan pembiayaan dengan pelbagai jenis pinjaman atau pembiayaan perumahan kepada pekerja-pekerja di sektor awam. 

Pelanggan LPPSA mempunyai pilihan sama ada untuk membuat pinjaman untuk membeli rumah ataupun tanah. Misalnya, jika Pelanggan LPPSA berhasrat untuk membeli tanah pertanian, Pelanggan LPPSA boleh memilih Pembiayaan LPPSA JENIS 4, Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah, tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA.

Jika Pelanggan LPPSA berhajat untuk membeli rumah kediaman yang masih dalam pembinaan, "undercon" daripada pemaju, Pelanggan LPPSA boleh memohon Pembiayaan LPPSA Jenis 3, Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan.

Selain daripada kemudahan pembiayaan untuk membeli hartanah, LPPSA juga menyediakan kemudahan pinjaman atau pembiayaan untuk membina rumah dengan kategori Pembiayaan LPPSA Jenis 2,  Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri dan Pembiayaan LPPSA Jenis 6, Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan, mengikut kepada kesesuaian fakta kes Peminjam.

Pembiayaan JENIS 6 terbuka kepada Pelanggan LPPSA yang membeli tanah menggunakan pinjaman atau pembiayaan LPPSA Jenis 4. Permohonan bagi Pembiayaan Jenis 6 ini, mestilah dimulakan setelah selesai proses jualbeli tanah tersebut dan pemotongan gaji pertama bagi pinjaman pertama telah berlaku.

Tambahan lagi, LPPSA juga menyediakan kemudahan pinjaman bagi Pelanggan LPPSA untuk membuat kerja ubahsuai rumah dengan kategori Pembiayaan LPPSA Jenis 7, Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman dengan mematuhi syarat-syarat di dalam Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA.

Jenis kemudahan pembiayaan LPPSA yang terakhir adalah, Pembiayaan LPPSA Jenis 5, Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan. Bagi kes di mana Penjawat Awam mempunyai pinjaman perumahan dengan Bank misalnya, Penjawat Awam boleh memohon penyelesaian keseluruhan pinjaman sedia ada (refinance) daripada LPPSA, terhad hanya setakat baki hutang rumah dengan Bank tersebut.

Kesimpulannya, Pembiayaan LPPSA adalah satu kemudahan pembiayaan perumahan yang mana Pelanggan LPPSA mempunyai pilihan samada untuk membeli tanah atau rumah dan jenis-jenis kemudahan pinjaman perumahan lain mengikut keperluan Pelanggan LPPSA.

Dapatkan nasihat guaman atau khidmat Pegawai In Charge (PIC) LPPSA kami jika anda ingin memohon Pinjaman atau Pembiayaan Perumahan LPPSA.

LinkLink

Puteri Balqis & Co. (Cawangan Utama) adalah Firma Guaman Panel LPPSA yang banyak menguruskan Jual Beli rumah dan tanah menggunakan Pembiayaan LPPSA di seluruh Semenanjung Malaysia. 


PUTERI BALQIS & CO.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA Alor Setar


#puteribalqisco #peguamhartanahalorsetar #peguamlppsa #jualbelirumah #jualbelitanah #loanlppsa #peguamlppsajitra #peguamlppsasungaipetani #peguamlppsaalorsetar

Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami DI SINI

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.