Status rumah : Rumah Tergadai Dengan Public Bank - Freehold - Rezab Melayu - Pembeli menggunakan Loan LPPSAÂ
Pembeli memohon Pembiayaan LPPSA Jenis 1, iaitu Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap . Â
Sejurus surat tawaran loan LPPSA Pembeli keluar pada 29/08/2023, kedua-dua pihak Penjual dan Pembeli hadir di Pejabat Tanah Kota Setar bagi urusan menandatangani Perjanjian Jualbeli dan cap jari pada Borang Pindahmilik dan Gadaian di hadapan Pentadbir Tanah memandangkan rumah yang ingin dibeli oleh Pembeli berstatus Rezab Melayu. Anda boleh merujuk di dalam perkongsian kami berkenaan Hartanah Rezab Melayu untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan isu ini.Â
Rumah ini masih mempunyai hutang dengan Public Bank, jadi pembiayaan LPPSA untuk jualbeli rumah ini perlu melalui 2 proses yang berbeza iaitu, proses pembiayaan dikeluarkan untuk menyelesaikan baki hutang Penjual terlebih dahulu, kemudian barulah wang pembiayaan akan di "release" oleh LPPSA sebagai wang baki jualbeli rumah Penjual.
---------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, pada 1/11/2023, kes jual beli rumah ini selesai, Penjual telah mendapat wang baki jualbeli dan pembeli pula mendapat kunci dan dokumen-dokumen berkaitan rumah tersebut.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Peguam Hartanah Alor Setar
Peguam LPPSA Alor Setar
Pendaftaran Pindahmilik dan Gadaian dilakukan di PTG Kedah
Santuni Penjual dan Pembeli tandatangan SPA dan cap jari Borang 14A dan 16A
Serahan dokumen rumah dan kunci kepada Pembeli