Taman Tunku Sarina II 

Selesai pendaftaran pindahmilik daripada nama Penjual kepada Pembeli dan gadaian kepada LPPSA di pejabat tanah

Jual Beli Rumah di Jitra, Kedah menggunakan pinjaman LPPSA

Status tanah :  Rumah masih tergadai dengan LPPSA - Freehold - Bukan Rezab Melayu - Tiada Sekatan Kepentingan 

Pembeli menggunakan Loan LPPSA

---------------------------------------------------------------------------------------

Pembeli memohon Pembiayaan LPPSA Jenis 1, iaitu Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap  dan permohonan pembiayaan pembeli telah diluluskan oleh LPPSA.

Setelah pihak kami menerima Surat Tawaran Pembeli dan Surat Arahan untuk bertindak sebagai Peguam LPPSA, pihak kami mengatur sesi tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan serta Dokumen-Dokumen Pejabat Tanah untuk kedua-dua pihak Penjual dan Pembeli.

Memandangkan rumah ini masih lagi mempunyai hutang dengan LPPSA, kami menguruskan urusan menyelesaikan baki hutang penjual terlebih dahulu untuk menebus Geran Asal Penjual daripada LPPSA supaya nama pemilik di dalam Geran boleh ditukar kepada nama dan gadaian Pembeli, dah kemudiannya barulah urusan melepaskan baki harga jualbeli kepada Penjual. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penjual telah memperolehi baki jualbeli dan Pembeli pula telah menerima salinan dokumen-dokumen berkaitan rumah tersebut serta kunci. 

"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"


Puteri Balqis & Co.

Peguam Hartanah Alor Setar

Peguam LPPSA Alor Setar

Serahan cek duit baki jualbeli rumah

Serahan dokumen jualbeli rumah LPPSAÂ