Tanah di Tapah, Perak

Jual Beli Tanah di Tapah, Perak menggunakan pinjaman LPPSA

Carian Hartanah yang telah dibuat

Menyantuni Pembeli menandatangani SPA dan Perjanjian Pinjaman LPPSA

Serahan Cek Wang Baki Jualbeli dan Dokumen Jualan kepada Penjual

Status tanah : Tanah Jenis Bangunan - Free Title (Tidak tergadai) - Leasehold - Sekatan Kepentingan

Pembeli menggunakan Loan LPPSA

---------------------------------------------------------------------------------------

Pembeli memohon Pembiayaan LPPSA Jenis 4, Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah.

Penjual dan Pembeli menetap di Tapah, Perak dan pihak kami telah mengatur sesi tandatangan Perjanjian Jual beli dan Perjanjian Pembiayaan LPPSA selepas surat tawaran LPPSA Pembeli keluar.

Pihak kami turun sendiri ke Tapah, Perak untuk menyantuni kedua-dua pihak menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Jual beli tanah ini.Β 



Permohonan Kebenaran MB bermula

Notifikasi email bahawa Kebenaran telah diluluskan

πΎπ‘’π‘π‘’π‘›π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘› π‘ƒπ‘–π‘›π‘‘π‘Žβ„Žπ‘šπ‘–π‘™π‘–π‘˜ π‘€π‘’π‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘– π΅π‘’π‘ π‘Žπ‘ŸΒ  π‘π‘’π‘Ÿπ‘™π‘’ π‘‘π‘–π‘π‘’π‘Ÿπ‘œπ‘™π‘’β„Žπ‘– π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘™π‘’π‘π‘–β„Ž π‘‘π‘Žβ„Žπ‘’π‘™π‘’

Tanah ini mempunyai sekatan kepentingan di mana dinyatakan "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak tanpa kebenaran Menteri Besar".Β 

Justeru, pihak kami memohon Kebenaran Pindahmilik Menteri Besar Perak pada 2hb April 2023Β  dan Alhamdulillah, dipermudahkan Yang Maha Esa, pada 6hb April 2023, kami menerima email daripada Pejabat Tanah Perak bahawa Permohonan tersebut diluluskan dan Surat keputusan dilampirkan bersama-sama. Begitu cepat proses di Pejabat Tanah Perak memproses kebenaran untuk kes ini.

Alhamdulillah, pada 20hb Mei 2023, pihak kami menyerahkan cek baki jual beli tanah tersebut kepada Penjual dan Dokumen-dokumen berkaitan tanah kepada kedua-dua pihak. dan Geran Asal juga telah selamat diserahkan kepada LPPSA untuk dipegang oleh LPPSA sehinggalah Pembeli selesai membayar hutang dengan LPPSA. Kes selesai.