Tanah, Gerik Perak - Loan LPPSA
Jual Beli Tanah di Gerik, Perak menggunakan pinjaman LPPSA
Status tanah : Tanah Jenis Pertanian - Free Title (Tidak tergadai) - Freehold - Rezab Melayu - Tiada Sekatan KepentinganÂ
Pembeli menggunakan Loan LPPSA
---------------------------------------------------------------------------------------
Pembeli memohon Pembiayaan LPPSA Jenis 4, Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah.
Sebaik sahaja LPPSA meluluskan permohonan pinjaman Pembeli untuk membeli tanah tersebut dan mengeluarkan Surat Tawaran Pinjaman LPPSA, pihak kami mengatur sesi tandatangan Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Pembiayaan LPPSA, Borang Pindahmilik (14A) dan Gadaian (16A) oleh pihak Penjual dan Pembeli di pejabat tanah memandangkan tanah tersebut berstatus rezab melayu, Penjual dan Pembeli hadir ke Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda yang berhampiran dengan tempat tinggal Penjual walaupun tanah yang ingin dibeli berlokasi di Gerik, Perak.
Alhamdulillah, pada 31/01/2023 kami telah mendaftarkan pindahmilik daripada nama Penjual kepada Pembeli dan gadaian kepada LPPSA.Â
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Balqis & Co.
Peguam Hartanah Alor Setar
Peguam LPPSA Alor Setar
Pendaftaran Pindahmilik dan Gadaian di PTD Gerik, Perak
Penyaksian Penyempurnaan kedua-dua pihak Penjual dan Pembeli di PTD Kuala Muda