Membina Rumah Pembiayaan LPPSA di Atas Tanah Pasangan
Categories : Puteri Balqis & Co. / Sudut LPPSA / Pembiayaan Bina Rumah
Antara soalan yang dikemukakan oleh Penjawat Awam kepada PBCO.
Apabila Penjawat Awam ingin membuat permohonan pembiayaan LPPSA untuk membina rumah di atas tanah, 2 perkara utama yang mesti dipatuhi iaitu:-
Hartanah yang ingin dibina rumah di atasnya mestilah berhakmilik individu;
Hartanah tersebut mestilah milikan berdaftar Pemohon sepenuhnya.
Namun begitu, jika ia melibatkan Hartanah pasangan, ada pengecualian kepada perkara tersebut. Di dalam kes di mana Pemilik Berdaftar Hartanah yang ingin dibina rumah menggunakan pembiayaan LPPSA merupakan pasangan Pemohon, Pemohon boleh memohon pembiayaan LPPSA untuk membina rumah di atas Hartanah tersebut. Dengan syarat, nama Pemohon LPPSA mestilah dimasukkan ke dalam Hakmilik @ Geran Hartanah tersebut dengan nisbah 50% bahagian pasangan, 50% bahagian Pemohon.
Proses memasukkan nama Pemohon ke dalam Hakmilik Hartanah tersebut adalah dengan melakukan proses pindahmilik seperti biasa di Pejabat Tanah. Setelah selesai proses pindahmilik ini dan nama pemohon didaftarkan 1/2 bahagian milikan di dalam Hakmilik Hartanah tersebut barulah Pemohon boleh memulakan proses permohonan Pembiayaan LPPSA.
Bagaimana pula jika Geran Berkongsi dengan Adik Beradik?
Adakah boleh Pemohon menggunakan Geran yang berkongsi dengan nisbah 50% dan 50% dengan adik beradik? Rujuk infografik berikut.
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi oleh Pemohon bagi Pembiayaan Membina Rumah di Atas Tanah Sendiri (Jenis 2). Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan syarat-syarat lain yang berkaitan dengan pembiayaan LPPSA, anda boleh membuat bacaan lanjut di Garis Panduan Pembiayaan LPPSA yang disediakan oleh LPPSA.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda. Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pinjaman LPPSA, anda boleh menghubungi PIC kami yang khusus di dalam urusan jual beli hartanah dengan LPPSA.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Raihan,
Untuk dan bagi pihak Tetuan Puteri Balqis & Co.
Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.