Kelebihan-Kelebihan Pinjaman LPPSA
Seiring dengan peredaran masa, segalanya terlihat mencabar pada masa kini. Nilai pasaran hartanah yang kian meningkat dari hari ke hari menyebabkan ramai daripada golongan masyarakat yang bergelut secara kewangan untuk membeli rumah atau tanah. Menyedari situasi semasa, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan atau keistimewaan yang sesuai untuk masyarakat terutamanya dalam kalangan pekerja di sektor awam.
Namun demikian, masih ramai rupanya penjawat awam yang tidak mengetahui akan insentif yang disediakan untuk mereka. Salah satu insentif tersebut termasuklah pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Amatlah rugi sekiranya kemudahan kewangan yang disediakan khusus untuk penjawat awam ini tidak dihebahkan dan dimaanfaatkan kerana terdapat banyak kelebihan pinjaman LPPSA ini jika dibandingkan dengan pinjaman perumahan dari institusi kewangan yang lain.
Kelebihan-kelebihan bagi pinjaman LPPSA adalah:-
1. KADAR FAEDAH YANG RENDAH DAN TETAP
Berbanding dengan institusi kewangan yang lain, LPPSA menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang TETAP iaitu sebanyak 4% setahun. Hal ini secara tidak langsung membawa maksud bahawa komitmen bulanan yang perlu ditanggung oleh penerima pembiayaan LPPSA tidak tergantung dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
2. PEMBIAYAAN SEHINGGA 100%
Dengan menggunakan pinjaman LPPSA, pembeli tidak perlu memerah otak dan keringat untuk menyediakan wang deposit atau wang muka sekiranya hartanah yang ingin dibeli itu berada dalam lingkungan atau margin kelayakan pinjaman LPPSA pembeli. Hal ini kerana, LPPSA menawarkan pinjaman perumahan sehingga 100% mengikut kelayakan pelanggannya. 1 hal lagi yang harus dititikberatkan ialah pemilihan harga hartanah yang seiring dengan tahap kelayakan bagi melancarkan urusan pembiayaan 100%. Andai kata hartanah yang ingin dibeli melebihi kelayakan anda, maka LPPSA akan menyatakan bilangan wang beza yang perlu dijelaskan kepada pemaju atau pemilik di dalam surat tawaran anda nanti.
Dapatkan konsultansi Pegawai Urusan kami yang cekap bagi mempertimbangkan jumlah kelulusan pembiayaan anda berdasarkan jumlah kelayakan dan market value hartanah.
Tekan LINK INI untuk whatsapp Pegawai Urusan kami.
3. TEMPOH PEMBIAYAAN YANG FLEKSIBEL
Tempoh pinjaman LPPSA juga bersifat fleksibel di mana tempoh tersebut boleh mencecah sehingga 35 tahun (umur 90 tahun). Pembeli boleh memilih tempoh pembiayaan yang sesuai untuk komitmen bulanan sendiri. Namun diingatkan bahawa, tempoh pembiayaan sehingga usia 90 tahun tersebut hanya terpakai untuk mereka yang memilih Skim Pencen. Notis makluman Arahan Potongan Pencen akan dikeluarkan oleh LPPSA kepada JPA Pasca Perkhidmatan Awam/KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM).
4. CCRIS DAN CTOS TIDAK MENJEJASKAN KELAYAKAN PEMBIAYAAN
Nama Pelanggan LPPSA yang disenaraihitamkan dan telah dimasukkan ke dalam Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), masih lagi layak untuk membuat pinjaman LPPSA selagi mana belum diisytiharkan bankrap di Jabatan Insolvensi Malaysia.
5. KOMITMEN LUAR PENYATA GAJI TIDAK DIKIRA
Amaun kelayakan Pembeli dikira berdasarkan apa yang tercatat di dalam Penyata Gajinya tanpa mengambil kira apa-apa komitmen luar daripada Penyata Gaji seperti pinjaman peribadi ataupun pinjaman kenderaan. Jadi, hal ini membantu Peminjam LPPSA untuk mendapatkan kelayakan pinjaman perumahan yang lebih tinggi dan membolehkan penjawat awam untuk membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA berbanding Bank.
6. PERMOHONAN PINJAMAN SEBANYAK 2 KALI
Pelanggan LPPSA boleh membuat pinjaman perumahan kedua tertakluk kepada 2 syarat utama iaitu:-
a) Baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya.
b) Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
7. BIL GUAMAN PERJANJIAN PINJAMAN LPPSA BOLEH DISERAP MASUK KE DALAM PINJAMAN LPPSA
Pembeli rumah ataupun tanah yang menggunakan pinjaman sebagai medium jual beli perlu menanggung 2 jenis bil guaman, iaitu bil guaman SPA dan bil guaman Pinjaman.
Bagi Peminjam LPPSA, LPPSA akan membiayai bil guaman pinjaman.
Jadi, Pembeli rumah atau tanah yang menggunakan pinjaman LPPSA hanya perlu menanggung bil guaman yang berkaitan dengan dokumentasi dan urusan Jual Beli dan Pindahmilik Hartanah sahaja. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan bebanan pembeli untuk mengeluarkan tunai yang banyak bagi menampung kos guaman dan perbelanjaan yang berkait dengan urusan jual beli rumah atau tanah impian dengan pinjaman LPPSA.
Kesimpulannya, jika anda merupakan kakitangan awam, manfaatkanlah kemudahan ini di dalam merealisasikan impian anda untuk membeli rumah atau tanah idaman anda. Kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA ini hanya dikhususkan untuk kakitangan awam sahaja, dan amatlah merugikan sekiranya anda mensia-siakan kemudahan ini.
Puteri Balqis & Co. merupakan Firma Guaman Panel LPPSA yang beroperasi di Alor Setar, Kedah namun telah menguruskan transaksi Jual Beli Rumah dan Tanah di Seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan Pembiayaan LPPSA.
Peguam Hartanah kami adalah Peguam LPPSA Alor Setar yang berpengalaman dalam menguruskan dokumentasi pembiayaan LPPSA untuk urusan jual beli hartanah.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda. Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pinjaman LPPSA, anda boleh menghubungi PIC kami yang khusus di dalam urusan jual beli hartanah dengan LPPSA.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Raihan,
Untuk dan bagi pihak Tetuan Puteri Balqis & Co.
Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.