Pembiayaan LPPSA boleh dibuat 2 kali
Antara persoalan yang ditimbulkan oleh kakitangan awam berkenaan pinjaman LPPSA.
Salah satu daripada kelebihan-kelebihan pembiayaan perumahan yang disediakan oleh LPPSA ialah setiap kakitangan kerajaan mempunyai peluang sebanyak 2 kali seumur hidup untuk memohon pembiayaan LPPSA bergantung kepada syarat-syarat berikut bagi melayakkan seseorang itu memohon pembiayaan kedua:-
a) Baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya;
b) Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki
semasa.
Merujuk kepada persoalan anakguam di atas, adakah anakguam ini boleh membuat pinjaman untuk membeli tanah dan kemudiannya membuat pinjaman LPPSA untuk membina rumah pula walhal beliau telah membuat pinjaman pertama LPPSA untuk membeli rumah? Adakah pinjaman membeli tanah dan membina rumah dikira sebagai pinjaman kedua dan ketiga?
Jawapannya ialah, BOLEH. Anakguam ini boleh membuat permohonan pinjaman kedua untuk membeli tanah dan kemudiannya pinjaman untuk membina rumah. Ini kerana, pembiayaan LPPSA untuk membeli tanah dan membina rumah di atas tanah tersebut dikira sebagai 1 pembiayaan. Jadi, kedua-dua pembiayaan membeli tanah dan membina rumah di atas tanah tersebut akan dikira sebagai pinjaman kedua. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum menghantar permohonan pembiayaan Jenis 4 dan 6 ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda. Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pinjaman LPPSA, anda boleh menghubungi PIC kami yang khusus di dalam urusan jual beli hartanah dengan LPPSA.
"Celik Hartanah, Elak Kena Kona"
Puteri Raihan,
Untuk dan bagi pihak Tetuan Puteri Balqis & Co.
Lihat Kes-Kes Jual Beli Rumah dan Tanah Pembiayaan LPPSA kami di sini.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.