Firma Peguam Panel LPPSA Kedah yang dipercayai dan berpengalaman

"CELIK HARTANAH, ELAK KENA KONA"

PEGUAM LPPSA KAMI MENGURUSKAN JUAL BELI RUMAH @ TANAH SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA!

Segala urusan dokumentasi perundangan pembiayaan LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) adalah melalui Sistem Pembiayaan Pinjaman – Loan Management System (LMS). HANYA Firma Guaman Panel LPPSA sahaja yang mempunyai akses untuk mengendalikan sistem LMS tersebut. PUTERI BALQIS & CO. (PBCO) adalah Panel Firma Guaman Berdaftar LPPSA yang berpengalaman dalam menguruskan Jual Beli Hartanah menggunakan pembiayaan LPPSA. 

Kenapa Perlu Lantik PBCO Sebagai Firma Peguam LPPSA Anda?

KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN JUAL BELI DAN PEMBIAYAAN LPPSA

Kami meneliti senario dan fakta kes setiap hakmilik Hartanah dan menasihati keperluan dokumentasi yang memenuhi keperluan LPPSA. 

PERMOHONAN PEMBIAYAAN 

Kami menyemak kelayakan dan membantu anak guam dari awal “stage” iaitu di peringkat permohonan pembiayaan bagi penjawat awam yang ingin mendapatkan pembiayaan LPPSA untuk membeli rumah ataupun tanah. 

PENYEDIAAN DOKUMENTASI PEMBIAYAAN 

Menyediakan dokumentasi Perjanjian Jual Beli dan Pembiayaan di antara Peminjam dan LPPSA serta mengendalikan proses-proses pembiayaan pelanggan LPPSA melalui sistem LMS. 

SERING BERURUSAN DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

Dengan pengalaman kami yang sering berurusan dengan agensi-agensi yang terlibat dalam transaksi Jual Beli hartanah seperti Pejabat Tanah dan Daerah / Negeri, JPPH, LHDN, LPPSA dan Bank akan melancarkan proses Jual Beli dan Pembiayaan rumah anda.

CEPAT SELESAI KES 

Peguam kami berpengalaman dalam mengendalikan sistem LMS dan membuat nasihat pengeluaran "advise to release" dengan cekap dan lancar. Atas faktor tersebut, setiap kes Jual Beli TANAH / RUMAH menggunakan pembiayaan LPPSA yang diuruskan oleh peguam kami selesai dengan cepat.

MESRA DAN MUDAH BERURUSAN

Bukan sahaja kami berkomunikasi di antara Penjual dan Pembeli, kami juga berpengalaman di dalam menjaga hubungan baik di antara Ejen-Ejen hartanah yang memerlukan peguam hartanah yang boleh dipercayai dan efisyen di dalam menguruskan proses jual beli dan pembiayaan klien mereka. 

KOMITED DAN CEKAP

Kami komited dalam memastikan anakguam kami sentiasa maklum akan status terkini fail. Peguam kami cekap dalam memastikan transaksi Jual Beli Rumah atau Tanah anda selesai dalam lingkungan Tempoh Penyelesaian "Completion Date".




"FLOW" BERURUSAN DENGAN PBCO

Kami telah menguruskan Jual Beli Rumah dan Tanah seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan pembiayaan LPPSA

Ingin dapatkan sebutharga Yuran Guaman SPA dan Loan LPPSA anda? Klik di SINI

PUTERI BALQIS & CO. di LPPSA

PUTERI BALQIS & CO. di PEJABAT TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA

PTD YAN, KEDAH

Kes Jual Beli Rumah Loan LPPSA di Taman Samudera, Yan, Kedah 

PTD PADANG TERAP, KEDAH

Kes Jual Beli Tanah Loan LPPSA di Mukim Tolak, Kedah.

PTD HULU LANGAT, SELANGOR

Kes Jual Beli Rumah Loan LPPSA di Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor

PTG PULAU PINANG

Kes Jual Beli Rumah Loan BSN di Pangsapuri Pesona, Permatang Pauh Pulau Pinang


PTD KULIM, KEDAH

Kes Jual Beli Rumah Loan BSN di Taman Saga, Kulim, Kedah

PTD PENDANG, KEDAH

Kes Bina Rumah Loan LPPSA di Pendang, Kedah 

PTD SIK, KEDAH

Kes Jual Beli Tanah Loan LPPSA di Sik, Kedah 

PTD KUALA MUDA, KEDAH

Kes Jual Beli Rumah Loan BSN di Taman Rasa Sayang II, Bedong, Kedah 

PTD SIK, KEDAH

Kes Jual Beli Tanah Loan LPPSA di Sik, Kedah 

PTD MELAKA TENGAH

Kes Tebus Geran Rumah LPPSA di Taman Bukit Rambai, Melaka

PERLUKAN KHIDMAT PEGUAM PANEL LPPSA?

Masih di sini? Jemput membaca perkongsian kami berkaitan ilmu-ilmu hartanah!

Ingin tahu lebih lagi tentang pinjaman LPPSA?

Sila klik di SINI